Saturday, February 11, 2012

PERBEZAAN WEB,PORTAL DAN BLOG


Laman web yang berjenis portal ini biasanya dibangunkan untuk mengumpulkan maklumat mengikut hierraki, pihak webmaster menyediakan informasi dan dikongsi dengan pelawat, terdapat kepelbagaian jenis maklumat dan paparan informasi yang lebih tersusun. Antara contoh yang paling mudah untuk portal adalah Yahoo!.
Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk laman web berjenis portal adalah:
  1. Paparan maklumat atau informasi yang penting berada di laman utama
  2. Susunan semua maklumat adalah lebih teratur dan mudah dicapai oleh pelawat
  3. Kandungan laman web lebih variasi dan tidak terlalu tertumpu untuk satu jenis
  4. Reka bentuk laman adalah ringkas dan setiap elemen-elemen dimasukkan dalam satu kawasan-kawasan tertentu
  5. Kandungan berasaskan kepada teks dan grafik (50%-50%)
  6. Elemen multimedia dan interaktif seperti grafik animasi dan paparan pautan menu beranimasi menarik minat pengunjung
  7. Pelawat boleh meninggalkan komen, menghantar artikel atau maklumat lain ke laman web
  8. Informasi selalu ringkas tetapi padat agar pengunjung lebih mudah untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan
  9. Penggunaan beberapa widget tambahan seperti video dan foto galeri
  10. Struktur laman web lebih teratur dan tidak terlalu serabut

Forum

Forum atau juga dikenali sebagai papan buletin merupakan laman web yang berasaskan kepada perbincangan di mana pihak pengendali hanya bertindak sebagai pemantau kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Laman jenis ini sesuai kepada pembangun yang agak "malas" untuk mengemaskini laman web dan menyerahkan sepenuhnya kepada pelawat untuk mengembangkan laman web anda. Antara contoh laman web jenis forum adalah seperti berikut:
Antara ciri-ciri yang terdapat pada satu laman web berjenis forum:
  1. Kandungan laman web adalah lebih meluas dan variasi, tidak menekan kepada satu tujuan atau topik sahaja
  2. Ruangan-ruangan tertentu disediakan atau kita panggil "FORUM", menghidupkan laman web tersebut
  3. Penyertaan daripada ahli-ahli atau pelawat merupakan tunjang utama kepada proses perkembangan, jika tiada penyertaan maka forum seolah-olah mati
  4. Kadar perkembangan yang adalah lebih cepat berbandingan portal sekiranya kena dengan bilangan dan jenis ruangan (forum) yang disediakan
  5. Tidak memerlukan reka bentuk laman yang terlalu "fancy" atau berbunga-bunga, sekadar rekaan ringkas sudah cukup
  6. Pelawat lebih terbuka dan lebih bebas untuk berinteraksi jika dibandingkan dengan portal yang lebih menjurus kepada perbincangan berdasarkan kepada artikel atau topik yang disediakan
  7. Proses penjagaannya perlu lebih berbanding portal disebabkan oleh tahap "Kebebasan" yang lebih meluas
  8. Elemen-elemen multimedia tidak perlu ditekankan sangat kerana akan mengganggu kadar pemprosesan laman
  9. Kebiasaanya laman jenis ini memerlukan proses pendaftaran bagi menyenangkan proses penapisan kandungan dan maklumat agar tidak dicemari dengan pengiklanan yang mengarut
  10. Laman web jenis ini cepat untuk naik dan cepat juga untuk jatuh jika tidak dijaga dengan elok

Blog

Laman web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran. Sungguhpun begitu, laman web jenis ini seperti forum juga, cepat naik dan cepat jatuh dan semuanya bergantung kepada tahap kerajinan pihak pembangun menyediakan artikel-artikel yang menarik.
Antara ciri-ciri laman web berjenis blog adalah:
  1. Kandungan artikel mungkin tertumpu kepada satu agenda atau bercampur aduk dengan perkara lain bergantung kepada pihak pembangun
  2. Penyertaan pihak pelawat membantu untuk menaikkan tahap populariti laman ini, tanpa pengunjung maka laman ini seolah-olah mati
  3. Pendaftaran MUNGKIN diwujudkan tetapi biasanya pihak pembangun akan menggunakan kemudahan Open ID
  4. Reka bentuk laman web perlu lebih menarik dan "catchy" untuk menarik pengunjung
  5. Artikel atau bahan kandungan perlu sentiasa dikemas kini supaya pengunjung akan kembali semula bertandang
  6. Kebiasannya laman ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan-iklan yang mungkin serba sedikit mengganggu pengunjung
  7. Struktur laman web lebih ditekankan kepada teks berbanding gambar (70%-30%)
  8. Interaksi untuk pelawat lebih kepada penulisan komen berbanding perkara lain yang dinyatakan dalam portal
  9. Keberkesanan laman jenis ini adalah bergantung kepada bilangan pengunjung yang melawat
  10. Paling mudah dibangunkan dan paling senang untuk orang baru

Jaringan Sosial (Social Networking)

Laman web jenis jaringan sosial atau "social networking" merupakan satu konsep yang lebih tinggi berbanding laman-laman web yang dinyatakan di atas. Ia melibatkan penggunaan dan pengaplikasian elemen-elemen seperti di atas dalamnya membentuk satu jaringan yang lebih kompleks dan lebih mantap

No comments:

Post a Comment